25 July 2010

Hari Bahasa di Sekolah Rendah Fuhua

Pada hari Jumaat lalu,
kami mengadahkan Hari Bahasa
di dewan sekolahku.
Aku dan rakan-rakanku diajak
oleh Cikgu Nuraina untuk
menghadiri acara itu.
Cikgu Nuraina memberitahu kami
sekelas bahawa sekolah-sekolah
lain akan menghadiri acara itu juga.
Apabila masa sudah tiba aku ke
dewan sekolah dan beratur
seperti disuruh.
Walaupun acara itu bermula
di 2.30 petang,kami terpaksa
menunggu hinga 3 petang.
Aku tidak tahu sebabnya.
Apabila acara itu bermula,
fokus aku bertukar daripada
perbualan aku bersama rakan-rakanku
kepada apa yang dihadapan.
Sebenarnya,aku tidak memberikan sepenuh
fokusku kepada setiap persembahan.
Tetapi apabila rakanku di
atas pentas,aku memberikan
sepenuh fokusku kepadanya kerana
aku hendak memberikannya sokonganku.
Aku terutama sekali suka apabila
rakan kelasku di atas pentas
menyanyi lagu Bulan Bahasa
mengunakan irama lain.
Ingatkah kamu ceritaku?
Hanya dua kumpulan menang.
Kepada aku,kedua-kedua
kumpulan hebat sekali.
Aku hanya suka bahagian
menyanyi sahaja.

10 July 2010

Permainan Bingo!

Dua hari lepas,kelasku
bermain BINGO.
Tetapi kita harus menjawap
soalan-soalan Cikgu Lin beri
untuk meletakkan pemadam
yang telah membahagikan
kepada kumpulan-kumpulan
kami di sehelai kertas penuh
dengan jawapan kepada
soalan-soalan di layar.
Aku hanya dapat berhenti
apabila aku telah
menang di soalan 12.
Aku menjerit "BINGO!".
Jikalau aku tidak menjerit,
aku harus menjoget kepada
lagu 'Waka Waka' oleh Syakira
kerana di soalan itu sesiapa
tidak menjerit "BINGO!"
akan ke hadapan dan menari.
Aidah,Amir,Haykal,Hazim
dan Hazwani(agaknya)
harus menari tetapi hanya
Aidah menari.
Kami sekelas tertawa.
Cikgu Lin berkata bahawa
kami tertawa kepada Aida dan
harus berdiri di tempat kami dan
menari kalu tidak,kami
tidak boleh pulang.
Cikgu Lin tidak lihat aku
dan Saiyidah menari
tetapi berkata
"Rama dengan Amir sahaja?"
Walaupun kelasku tidak menari,
Cikgu Lin masih memberikan
kami pulang.

09 July 2010

Persembahan lagu Bulan Bahasa

Hari Rabu lalu,kelasku dan kelas
Cikgu Din ke bilik AVA.
Kami mengadakan peraduan
menyanyi lagu Bulan Bahasa
tetapi mengunakan irama lain.
Kumpulanku,Firdaus,Didi,Putri,
Ismah Fahmi dan diriku tidak berjaya
membuat persembahan baik.
Tetapi kita tidak bergaduh.
Aku fikir kumpulan Sulaiha
membuat persembahan paling bagus.
Namun,kumpulan Farhana juga
membuat persembahan yang baik.
Jikalau aku ada kuasa untuk
pusing balik masa,aku akan memilih
irama 'Angkasa' oleh Hady Mirza.
Hanya Ismah dan aku sahaja yang
mengenali iaram lagu itu.
Tetapi lebih baik daripada hanya
satu murid bernyanyi sendirian,bukan?

05 July 2010

Bulan Bahasa

Sebenarnya aku telah ke sebuah persembahan
Bulan Bahasa bersama kawan-kawanku.
Cikgu Din mengajak kami ke sana.
Aku masih ingat hari itu.
Hari itu,Ismail selalu berkata kepada
Cikgu Din dia berasa lapar.
Di pertengahan persembahan itu,
mereka mempersembahkan dikir barat.
Aku rasa dikir barat mereka amat bagus.
Ismail semangat dan mengikuti
gerak-geri awak-awak di pentas.
Kami semua ketawa.
Sebelum mengakhiri persembahan itu,
pengacara persembahan itu mengajak
kami ke atas pentas untuk
menyanyi lagu bulan bahasa.
Tidak salah,hanya dua orang daripada
kumpulanku,iaitu Rama dan Ismail,
sahaja yang menaiki kami ke atas pentas.
Walaupun aku bukan di pentas aku
menyanyi lagu itu kerana lagu itu
amat menyeronokan.
Akhirnya,Ismail makan terlalu banyak
dan berkata perutnya sakit.
Aku masih ingat hari itu kerana
aku suka Bulan Bahasa!

03 July 2010

Pendapatku(P.Ramlee)

Cerita-cerita P.Ramlee semuanya menarik
kerana ceritanya kelakar.
Tetapi ada terlalu banyak bahasa kasar.
Walaupun kanak-kanak zaman sekarang suka
menontonnya,mereka tidak sepatutnya
mengikuti bahasa mereka.

01 July 2010

Pendapatku

Pantunku sebenarnya cerita benar.
Aku menulisnya kerana aku masih ingat
hari pertamaku di Sekolah Rendah Fuhua.
Selepas aku terlepas bas sekolahku,
ibuku mengambilku pulang.
Dia berkata bahawa kami akan berhenti menaiki
bas sekolah dan mula berjalan ke sekolah.
Kakakku berasa marah terhadapku hingga kini.
Tetapi aku benar-benar tidak tahu
dimana bas sekolahku terletak.
Itu pendapatku terhadap patunku.

29 June 2010

Kenangan

Walaupun umurku dua belas,
Aku masih ingat hari pertamaku.
Aku berasa amat cemas,
Aku ditenang oleh ibuku.

Apabila aku sampai di sekolahku,
Aku turun dari bas sekolah.
Aku mencari kakakku,
Dia menemani aku sehinnga bilik darjah.

Itu pertama kali aku ke sekolah rendah,
Nama guruku Cikgu Lee.
Aku berasa sangat teruja
Untuk memulakan hari.

Sekolah sudah pun tamat,
Aku hendak menaiki bas sekali lagi.
Tetapi tidak sempat
Kerana aku tidak tahu mana bas sekolahku di.