25 July 2010

Hari Bahasa di Sekolah Rendah Fuhua

Pada hari Jumaat lalu,
kami mengadahkan Hari Bahasa
di dewan sekolahku.
Aku dan rakan-rakanku diajak
oleh Cikgu Nuraina untuk
menghadiri acara itu.
Cikgu Nuraina memberitahu kami
sekelas bahawa sekolah-sekolah
lain akan menghadiri acara itu juga.
Apabila masa sudah tiba aku ke
dewan sekolah dan beratur
seperti disuruh.
Walaupun acara itu bermula
di 2.30 petang,kami terpaksa
menunggu hinga 3 petang.
Aku tidak tahu sebabnya.
Apabila acara itu bermula,
fokus aku bertukar daripada
perbualan aku bersama rakan-rakanku
kepada apa yang dihadapan.
Sebenarnya,aku tidak memberikan sepenuh
fokusku kepada setiap persembahan.
Tetapi apabila rakanku di
atas pentas,aku memberikan
sepenuh fokusku kepadanya kerana
aku hendak memberikannya sokonganku.
Aku terutama sekali suka apabila
rakan kelasku di atas pentas
menyanyi lagu Bulan Bahasa
mengunakan irama lain.
Ingatkah kamu ceritaku?
Hanya dua kumpulan menang.
Kepada aku,kedua-kedua
kumpulan hebat sekali.
Aku hanya suka bahagian
menyanyi sahaja.

No comments:

Post a Comment